Thursday, December 3, 2015

Aisy 'sunat'


Muhammad Faris Haziq bin Azlin


Aisy...
nama gelaran bagi anakku yang kedua.

Dah besar rupanya :)
Genap usia sembilan tahun pada 20 September 2015 yang lalu.
Wajahnya saling tak tumpah seiras wajah arwah bapanya.

Harapan Mommy.

Inilah wajah HERO pertama dalam keluargaku sebelum Aisy selamat disunatkan pada hari Jumaat, 27 November 2015 di sebuah klinik swasta yang bernama Poliklinik Fatimah dan terletak di Jalan Desa Harmoni, Johor Bahru.

Rancangan menyunatkan Aisy berlaku secara kebetulan setelah aku memberitahu hajatku untuk menyunatkan Aisy kepada keluargaku.

Pada hari tersebut juga aku membuat keputusan untuk menghantar Aisy dengan diiringi ahli keluargaku yang lain untuk disunatkan.

Aku juga tiada masalah pada hari tersebut memandangkan Elfa, anak perempuan sulungku yang berumur dua belas tahun dan baru selesai menduduki peperiksaan Sijil Darjah Enam Agama (SDEA) sehari sebelum Aisy disunatkan.

Ini juga merupakan pengalaman pertamaku berhadapan situasi sebegini.
Agak mengerikan dan ngilu rasanya apabila melihat doktor melakukan prosedur semasa menyunatkan Aisy.

Semasa dibius, digunting, dipotong dan dijahit 'anunya', Aisy kelihatan tenang di sisiku yang berada berhampiran dengannya. Sesekali kedengaran suara tangisan dan jeritan Aisy.

Namun, itu semua tidak membuatkan Aisy merasa gentar.

Aisy nampak kuat. Semoga Aisy beransur sembuh dan pulih seperti biasa.

Semoga Aisy menjadi anak yang soleh, tabah, cekal, kuat, kental mengharungi kehidupan mendatang.

Insya Allah. Amin.





2 comments:

  1. Wah dah besar Aisy ya.....selamat berpantang ya Aisy. Memang betul wajah Aisy ini saling tak tumpah dengan wajah Allahyarham Azlin....Semoga Haya kuat menghadapi cabaran di hari-hari yang mendatang.

    ReplyDelete
  2. Ye betul kak Samsiah Jaafar...
    kalau tak kuat mau nanges hari2 tengok wajah dia...
    mmg sedey :(

    ReplyDelete