Friday, December 4, 2015

Blogger (5 Komen Blog Rakan)


Instagram (komen insta rakan)





My Instagram nurhayamasti. https://www.instagram.com/nurhayamasti/

1st

2nd

3rd



4th


5th

Instagram. 2015. nurhayamasti. https://www.instagram.com/nurhayamasti/

Facebook (komen lagu share rakan)



Facebook (Share lagu "Bukan Cinta Biasa") https://www.facebook.com/


LIRIK LAGU DATO' SITI NURHALIZA

"BUKAN CINTA BIASA"

Begitu banyak ceritaAda suka ada dukaCinta yang inginku tulisBukanlah cinta biasa
Dua keyakinan bezaMasalah pun tak samaKu tak ingin dia raguMengapa mereka selalu bertanya
( korus )Cintaku bukan diatas kertasCintaku getaran yang samaTak perlu dipaksa Tak perlu dicariKerna kuyakin ada jawabnya oh...
Andai ku bisa merubah semuaHingga tiada orang terlukaTapi tak mungkin Ku tak berdayaHanya yakin menunggu jawabnya
Janji terikat setiaMasa merubah segalaMungkin dia kan berlaluKu tak mahu mereka tertawa
Diriku hanya insan biasaMiliki naluri yang samaTak ingin berpalingTak ingin bergantiJiwa ku sering saja berkata
Andai ku mampu ulang semulaKu pasti tiada yang curigaKasih kan hadir tiada terdugaHanya yakin menunggu jawaban
Facebook. 2015. Nurhaya. https://www.facebook.com/




Facebook Rakan (Komen 3 Pantun)


Facebook (Pantun 4 kerat)


Thursday, December 3, 2015

Rakan Twitter (Follow & Komen)




My Twitter @Nurhayamasti. https://twitter.com/

Twitter. 2015. @Nurhayamasti. https://twitter.com/ 



Anugerah Kecemerlangan Nayli & Mia


Nur Nayli Batrisyia binti Azlin


Nur Hannah Damia binti Azlin


Gaya Nayli sebagai 'Chef'


Gaya Damia (tengah) sebagai 'Jururawat'


Tanggal 21 November 2015, hari Sabtu.
Hari besejarah buat anak-anakku Nayli dan Mia.

Majlis Anugerah dan Konvokesyen mereka ni tak dapat aku ikuti...

Sedih plak tengok dorang berkonvo tanpa ibu bapa...

Masa tu aku ada kelas di UPM, Serdang.

Nasib baik adikku Syikin banyak membantu menguruskan dorang ni...

Terima kasih Kin... 
dan terima kasih juga buat Teacher Nas, Teacher Aini dan Teacher Akma, guru yang mengajar Nayli dan Mia di Tadika Rausyan Fikr serta banyak membantu mereka sepanjang majlis dijalankan.

Waduhhh...!!!

Kalau mereka enggak ada, pasti gawat ya...!

So, congrats to both of you My Dear...

Love u all so much :)

#semogamenjadianaksolehahsayang
#mommysayangkamu
#buahhatimommy
#anak2syurga



Aisy 'sunat'


Muhammad Faris Haziq bin Azlin


Aisy...
nama gelaran bagi anakku yang kedua.

Dah besar rupanya :)
Genap usia sembilan tahun pada 20 September 2015 yang lalu.
Wajahnya saling tak tumpah seiras wajah arwah bapanya.

Harapan Mommy.

Inilah wajah HERO pertama dalam keluargaku sebelum Aisy selamat disunatkan pada hari Jumaat, 27 November 2015 di sebuah klinik swasta yang bernama Poliklinik Fatimah dan terletak di Jalan Desa Harmoni, Johor Bahru.

Rancangan menyunatkan Aisy berlaku secara kebetulan setelah aku memberitahu hajatku untuk menyunatkan Aisy kepada keluargaku.

Pada hari tersebut juga aku membuat keputusan untuk menghantar Aisy dengan diiringi ahli keluargaku yang lain untuk disunatkan.

Aku juga tiada masalah pada hari tersebut memandangkan Elfa, anak perempuan sulungku yang berumur dua belas tahun dan baru selesai menduduki peperiksaan Sijil Darjah Enam Agama (SDEA) sehari sebelum Aisy disunatkan.

Ini juga merupakan pengalaman pertamaku berhadapan situasi sebegini.
Agak mengerikan dan ngilu rasanya apabila melihat doktor melakukan prosedur semasa menyunatkan Aisy.

Semasa dibius, digunting, dipotong dan dijahit 'anunya', Aisy kelihatan tenang di sisiku yang berada berhampiran dengannya. Sesekali kedengaran suara tangisan dan jeritan Aisy.

Namun, itu semua tidak membuatkan Aisy merasa gentar.

Aisy nampak kuat. Semoga Aisy beransur sembuh dan pulih seperti biasa.

Semoga Aisy menjadi anak yang soleh, tabah, cekal, kuat, kental mengharungi kehidupan mendatang.

Insya Allah. Amin.