Friday, December 4, 2015
Facebook (Share lagu "Bukan Cinta Biasa") https://www.facebook.com/
![]() |
LIRIK LAGU DATO' SITI NURHALIZA "BUKAN CINTA BIASA" Begitu banyak ceritaAda suka ada dukaCinta yang inginku tulisBukanlah cinta biasa Dua keyakinan bezaMasalah pun tak samaKu tak ingin dia raguMengapa mereka selalu bertanya ( korus )Cintaku bukan diatas kertasCintaku getaran yang samaTak perlu dipaksa Tak perlu dicariKerna kuyakin ada jawabnya oh... Andai ku bisa merubah semuaHingga tiada orang terlukaTapi tak mungkin Ku tak berdayaHanya yakin menunggu jawabnya Janji terikat setiaMasa merubah segalaMungkin dia kan berlaluKu tak mahu mereka tertawa Diriku hanya insan biasaMiliki naluri yang samaTak ingin berpalingTak ingin bergantiJiwa ku sering saja berkata Andai ku mampu ulang semulaKu pasti tiada yang curigaKasih kan hadir tiada terdugaHanya yakin menunggu jawaban Facebook. 2015. Nurhaya. https://www.facebook.com/ ![]() |
Thursday, December 3, 2015
Anugerah Kecemerlangan Nayli & Mia
Nur Nayli Batrisyia binti Azlin
Nur Hannah Damia binti Azlin
Gaya Nayli sebagai 'Chef'
Gaya Damia (tengah) sebagai 'Jururawat'
Tanggal 21 November 2015, hari Sabtu.
Hari besejarah buat anak-anakku Nayli dan Mia.
Majlis Anugerah dan Konvokesyen mereka ni tak dapat aku ikuti...
Sedih plak tengok dorang berkonvo tanpa ibu bapa...
Masa tu aku ada kelas di UPM, Serdang.
Nasib baik adikku Syikin banyak membantu menguruskan dorang ni...
Terima kasih Kin...
dan terima kasih juga buat Teacher Nas, Teacher Aini dan Teacher Akma, guru yang mengajar Nayli dan Mia di Tadika Rausyan Fikr serta banyak membantu mereka sepanjang majlis dijalankan.
Waduhhh...!!!
Kalau mereka enggak ada, pasti gawat ya...!
So, congrats to both of you My Dear...
Love u all so much :)
#semogamenjadianaksolehahsayang
#mommysayangkamu
#buahhatimommy
#anak2syurga
Aisy 'sunat'
Muhammad Faris Haziq bin Azlin
Aisy...
nama gelaran bagi anakku yang kedua.
Dah besar rupanya :)
Genap usia sembilan tahun pada 20 September 2015 yang lalu.
Wajahnya saling tak tumpah seiras wajah arwah bapanya.
Harapan Mommy.
Inilah wajah HERO pertama dalam keluargaku sebelum Aisy selamat disunatkan pada hari Jumaat, 27 November 2015 di sebuah klinik swasta yang bernama Poliklinik Fatimah dan terletak di Jalan Desa Harmoni, Johor Bahru.
Rancangan menyunatkan Aisy berlaku secara kebetulan setelah aku memberitahu hajatku untuk menyunatkan Aisy kepada keluargaku.
Pada hari tersebut juga aku membuat keputusan untuk menghantar Aisy dengan diiringi ahli keluargaku yang lain untuk disunatkan.
Aku juga tiada masalah pada hari tersebut memandangkan Elfa, anak perempuan sulungku yang berumur dua belas tahun dan baru selesai menduduki peperiksaan Sijil Darjah Enam Agama (SDEA) sehari sebelum Aisy disunatkan.
Ini juga merupakan pengalaman pertamaku berhadapan situasi sebegini.
Agak mengerikan dan ngilu rasanya apabila melihat doktor melakukan prosedur semasa menyunatkan Aisy.
Semasa dibius, digunting, dipotong dan dijahit 'anunya', Aisy kelihatan tenang di sisiku yang berada berhampiran dengannya. Sesekali kedengaran suara tangisan dan jeritan Aisy.
Namun, itu semua tidak membuatkan Aisy merasa gentar.
Aisy nampak kuat. Semoga Aisy beransur sembuh dan pulih seperti biasa.
Semoga Aisy menjadi anak yang soleh, tabah, cekal, kuat, kental mengharungi kehidupan mendatang.
Insya Allah. Amin.
Monday, November 30, 2015
Tangkak mari....
Assalamualaikum w.b.t.
Harini aku ke Tangkak dik non...
Haa... nak tau ke mana..?
Uma member lama la..
Ha..ha..ha..ha...
Belum apa-apa lagi sudah kedengaran suara member lama ni...
Kawe panggil dia, Fiza...
Semata-mata hendak menyiapkan tugasan,
selagi masih berbara perasaan yang membuak-buak untuk laksanakan tugasan,
Maka, dengan semangat wajanya, daku bertandang jua ke teratak berseri Fezza.
Fezza masih seperti yang ku kenali dulu,
sihat dan semakin berseri-seri :)
Harini aku ke Tangkak dik non...
Haa... nak tau ke mana..?
Uma member lama la..
Ha..ha..ha..ha...
Belum apa-apa lagi sudah kedengaran suara member lama ni...
Kawe panggil dia, Fiza...
Semata-mata hendak menyiapkan tugasan,
selagi masih berbara perasaan yang membuak-buak untuk laksanakan tugasan,
Maka, dengan semangat wajanya, daku bertandang jua ke teratak berseri Fezza.
Fezza masih seperti yang ku kenali dulu,
sihat dan semakin berseri-seri :)
Wednesday, November 18, 2015
Cetusan rasa hati...
Assalamualaikum w.b.t.
Hari ini, Khamis 10 September 2015.
Terasa cuaca
sejuk & nyaman :)
Setelah lama tidak 'menghadirkan' diri dalam blog,
(5 tahun juga tidak jenguk blog sendiri...hehe..)
Akhirnya dibuka jua demi menghidupkan sesuatu
yang bernama 'tugasan'..
Balik daripada kuliah
Dapat tugasan yang 'awesome'
So, reminder to myself
Buat sesuatu dengan sehabis baik
kerja jangan suka bertangguh..
Dugaan tahun ini yang agak 'preoccupy'
Ditambah pula bermain dengan emosi, jiwa & perasaan.
Namun,
Alhamdulillah..
Rasa syukur dipanjatkan kepada-Nya
di atas limpah kurnia-Nya
yang masih memberi nafas baru
untuk meneruskan kehidupan
bersama anak-anak tercinta
Anak-anak SYURGA
Yang masih tidak mengerti
apakah itu sebuah kehidupan.
Al-Fatihah
Dikhususkan kepada
Arwah suami,
Almarhum Azlin bin Othman
yang telah berhijrah ke dunia baru,
pada tahun ini(24 Feb 2015 @ 11.50pm).
Semoga beliau ditempatkan
di kalangan orang-orang yang beriman..
Amin.
Tuesday, November 17, 2015
Peringatan untuk diri sendiri...!!!
Manusia...manusia...manusia...
Pandai bermain kata
pandai bermain lidah.
Jikalau PM kata,
Rakyat didahulukan dgn janji ditepati,
Namun, dalam hal sebegini...
yang melibatkan the most important things
serta memberi kesan sepanjang hidup,
memang tidaklah aku tolerate
dengan seseorang yang seperti itu.
Na'uzubillahiminzalik...
Mohon dijauhkan Ya Allah.
Firstly,
Jangan mengharapkan seseorang untuk membantu kita
andai kita masih ada lagi daya dan kudrat untuk melakukannya..
Andai apa yang kita harapkan tidak terlaksana mengikut kehendak kita,
kelak merana diri
menggigit jari
terlepas peluang besar yang jelas di hadapan mata.
Secondly,
beware dengan manusia seperti ini,
beringat sebelum terkena.
So,
Moral of the story...
Do it for yourself
You can do it...!!!
Jangan mengharapkan seseorang selagi kita masih berupaya melakukannya.
dan buat sehabis boleh mengikut kudrat kita.
Insya Allah,
Janji Allah S.W.T. itu pasti.
Dia Maha Pemberi
Dia Maha Mengetahui segalanya...
sama ada
yang tersirat
atau tersurat.
Wallahu a'lam.
Subscribe to:
Posts (Atom)